Wanita Mandul

Assalamualaikum.. PERSOALAN WANITA dan JIN yang perlu anda tahu.. Wanita mandul akibat gangguan JIN SITUASI : Saya telah berumah tangga...

Assalamualaikum..


PERSOALAN WANITA dan JIN yang perlu anda tahu..

Wanita mandul akibat gangguan JIN

SITUASI : Saya telah berumah tangga lebih daripada 12 tahun, tetapi masih tidak mendapat zuriat. Puas berubat berjumpa doktor pakar, tetapi masih tidak berhasil. Doktor kata, semuanya tidak ada masalah, sama ada dari pihak saya atau suami. Suami saya seperti biasa biarpun kami masih tidak ada cahaya mata setelah berkahwin begitu lama. Namun jauh di sudut hati, saya merasakan ada sesuatu yang tidak lengkap dalam kehidupan kami., adakah berkemungkinan ada punca lain yang menyebabkan kami tidak mempunyai zuriat? Pernah dua kali saya seperti mengandung selama lebih kurang tiga bulan, tetapi tidak lama lepas itu, saya seumpama keguguran. Sebelum keguguran saya selalu mengalami mimpi yang pelik-pelik, juga sukar tidur malam.

JAWAPAN:

Kemandulan boleh berlaku, sama ada pasangan yang terlibat tidak mendapat anak sejak berkahwin , ataupun berlaku di mana mereka pernah mendapat cahaya mata . Hal demikian boleh terjadi di atas sebab yang berbeza, sama ada melibatkan pihak lelaki atau perempuan ataupun kedua-duanya sekali.

Kemandulan itu terbahagi kepada dua, iaitu kemandulan yang berlaku secara tabii, yang boleh dirawat oleh para doktor, sebagaimana lazimnya dan kemandulan yang berlaku akibat gangguan jin yang boleh dirawat menggunakan ayat-ayat al-Quran, doa-doa dan zikir.

Kemandulan yang berlaku akibat gangguan jin mempunyai tanda-tanda tertentu, antaranya:

1. Rasa sesak dada terutamanya selepas waktu asar, yang mungkin berlarutan hingga tengah malam.
2. Kusut fikiran.
3. Sakit di bahagian tulang-tulang belakang.
4. Mengigau ketika tidur.
5. Bermimpi dengan mimpi yang menakutkan.

kemandulan ini yang berlaku pada kaum wanita, di mana jin itu akan tinggal dalam rahim dan merosakkan benih, menyebabkan benih-benih itu rosak dan tidak subur ataupun ia dibiarkan subur dan sempurna tetapi diganggu selepas beberapa bulan hamil, menyebabkan turun darah, lalu keguguran. Keguguran yang berlaku berulang kali boleh terjadi akibat daripada gangguan seperti ini.

Gangguan seperti ini menurut rawatan islam boleh dirawat atau diatasi menurut kaedah yang dijelaskan :

Rasulullah bersabda: Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam melalui pembuluh darah – Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

Perempuan yang menghadapi masalah keluar darah akibat gangguan yang boleh menyebabkan mandul hendaklah mendapatkan rawatan daripada rawatan islam.

Selain itu ada dua punca utama terjadinya masalah yang dihadapi oleh kaum wanita yang terlibat, selain daripada sebab-sebab fizikal:

1. Akibat sihir.
2. Kecenderungan jin ketika memandang perempuan yang berkenaan.

Jin-jin suka mendatangi perempuan yang suka bersolek berlebih-lebihan, yang tidak menjaga sembahyangnya, tidak membaca al-Quran, tetapi gemar mendengar nyanyian ataupun muzik keterlaluan, suka membuka aurat, juga gemar duduk bersolek di hadapan cermin.

Mereka tidak menyedari bahawa perbuatan seperti ini menjadi tarikan jin-jin. Mereka masuk dalam bilik air, lalu menyanyi dan mandi dalam keadaan telanjang, padahal bilik air adalah di antara tempat kegemaran jin-jin, jantan dan betina, menyebabkan salah satu daripada makhluk-makhluk tadi tertarik pada jasadnya lalu ia meresap dalam tubuh dan mengganggunya.

selain daripada kaedah yang dijelaskan di atas, kaedah berikut hendaklah diikuti:

1. Berpakaian menutup aurat dan bertudung, di samping menjauhkan diri daripada tabiat terlalu suka bersolek di hadapan cermin.

2. Mendengar surah al-Baqarah sekali di siang hari dan sekali pada waktu malam dalam bilik tidur. Paling baik orang yang terlibat membacanya.

1. Mendengar ayat-ayat al-Quran terus-menerus, terutamanya surah al-Baqarah, yasin, as-Saffat, ar-Rahman, ad-Dukkhan dan surah al-Jin tidak kurang daripada enam jam setiap hari.

2. Menjaga sembahyang pada waktunya, juga sentiasa berzikir.

3. Membaca surah Yasin ketika berada di tempat pembaringan dan tidur mengiring sebelah kanan dalam keadaan berselimut,
membaca dua kalimah syahadah dan berdoa: Tuhanku, sesungguhnya kutumpukan wajahku pada-Mu, andainya Kau matikan daku pada malam ini, matikanlah daku dalam keadaan Islam, dan andainya Kau hidupkan daku, maka hidupkanlah aku untuk mengingati akan Dikau.

Al-Quran memperakui tentang adanya jin-jin. Terangkum dalam golongan jin ialah iblis dan syaitan. Begitu juga daripada keterangan hadis-hadis. Malah al-Quran sendiri menyatakan Allah menjadikan jin itu lebih awal daripada Adam.
Pada dasarnya, jin-jin ini sukar mengganggu fizikal manusia, kerana kejadian makhluk ini dengan manusia adalah berbeza. Apa yang sering berlaku ialah gangguan pada roh manusia, yang disalurkan melalui mimpi. Kerana itulah maka apabila seseorang itu diganggu oleh makhluk ini, ia akan menghadapi masalah ketika tidur.

Seterusnya tanda-tanda gangguan tersebut kepada dua bahagian, iaitu ketika tidur dan ketika dalam keadaan jaga.

Gangguan ketika tidur sering berlaku apabila seseorang itu hendak terlena, juga ketika sedang tidur nyenyak. Mungkin seseorang itu terasa perutnya ditusuk dengan jarum, lembing atau benda tajam yang tidak kelihatan, dilanggar kenderaan menyebabkan darah kelihatan bertaburan, diterkam oleh makhluk yang menakutkan dan sebagainya sebaik-baik sahaja hendak terlena.

Gangguan yang menakutkan dan menyakiti seperti ini datang lagi sebaik-baik sahaja seseorang itu memulakan tidurnya lagi. Pengalaman seperti ini menyebabkan seseorang itu rasa takut dan bimbang hendak menyambung tidur.

Mereka yang bermasalah seperti ini juga sering bermimpi melihat makhluk ganjil, hitam, tinggi lagi menakutkan. Dikejar dan ditangkap oleh makhluk besar, lalu diselamkan dalam air menyebabkan pesakit terasa lemas, tercungap-cungap sukar bernafas.

Mimpi melihat binatang yang menakutkan, mimpi berada di tempat asing lagi menggerunkan seperti berjumpa mayat atau berjumpa orang yang meninggal dunia. Terasa seolah-olah berada di awang-awangan, di tempat tinggi, di gunung ataupun hutan lalu jatuh ke bumi.

COMMENTS

Name

aromatheraphy Ayat Pendinding Sihir Bidara bidara malaysia Daun bidara feminine wash bidara gangguan jin Ganguan bayi pendinding sihir produk bidara Shower gel bidara sihir Test
false
ltr
item
World of Bidara | Spiritual Healing: Wanita Mandul
Wanita Mandul
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiy2LUMU7H8V2djIuRaeGtZS5V0ouL0EJDT8HD7Q_sy3RH_7EymbF0qzecqTeQOkirjm8ZqAo30tQo88Pm-Y684YABcrWX3ogMJq7ez8m80MUwqNzpq3CqjoqlhHTMic-kMCSskmQsIkVEk/s320/Stress-20-1024x765.jpeg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiy2LUMU7H8V2djIuRaeGtZS5V0ouL0EJDT8HD7Q_sy3RH_7EymbF0qzecqTeQOkirjm8ZqAo30tQo88Pm-Y684YABcrWX3ogMJq7ez8m80MUwqNzpq3CqjoqlhHTMic-kMCSskmQsIkVEk/s72-c/Stress-20-1024x765.jpeg
World of Bidara | Spiritual Healing
https://sidr-bidara-healing.blogspot.com/2016/09/wanita-mandul.html
https://sidr-bidara-healing.blogspot.com/
http://sidr-bidara-healing.blogspot.com/
http://sidr-bidara-healing.blogspot.com/2016/09/wanita-mandul.html
true
2884645696918144817
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy